Pages

Latarbelakang Agarwood Agro & Technology


Agarwood Agro & Technology ditubuhkan hasil kesedaran bahawa pendekatan kepada industri gaharu harus ditangani secara menyeluruh. Kita tidak harus ketinggalan dlm industri yg lumayan ini. Pergantungan atas nasib & alam semulajadi sahaja tidak memungkinkan penghasilan yang lumayan,apatah lagi pokok gaharu liar semakin pupus.Teknik moden yg berjaya menghasilkan gaharu seawal pokok berumur lima tahun mampu memberi keuntungan pada petani dan pekebun kecil.

Antara syarikat tempatan yang berjaya mengkomersialkan sepenuhnya tanaman itu ialah AGARWOOD AGRO & TECHNOLOGY, MELAKA, yang ditubuhkan sejak 2000 untuk mempelopori usaha menjadikan kayu gaharu sebagai satu perniagaan berdaya maju. Syarikat yang mempunyai kilang pengeluaran dan ladangnya sendiri di Bandar Jasin dan Daerah Alor Gajah, Melaka itu ditubuhkan oleh usahawan gigih, En Haminuddin Bin Majid yang telah menjalankan kajian mengenai manfaat kayu gaharu selama lebih 10 tahun. Beliau adalah pengasas dan Pengarah Urusan AGARWOOD AGRO & TECHNOLOGY, MELAKA iaitu satu-satunya syarikat Malaysia yang menghasilkan rangkaian produk daripada keseluruhan kayu gaharu bermula daripada akar hingga ke batangnya. 

En Haminuddin, sebelum itu terlibat dalam sektor perkilangan mengambil keputusan beralih ke bidang keusahawanan berikutan semangat "niaga" yang ada dalam diri beliau dan selain itu minatnya ke arah produk kayu gaharu semakin berputik (Agarwood)

Pada awalnya En Haminuddin berhasrat menceburi bidang pertanian tetapi menyedari persaingan sengit dalam industri itu menyebabkan beliau menyelidik tanaman lain yang belum dikomersilkan sepenuhnya. Sekitar tahun 2000, beliau mula didedahkan dengan kayu gaharu yang diperoleh daripada orang Asli dari hutan seluruh negara. Penjualannya adalah secara kecil-kecilan katanya ketika ditemui di kilangnya baru-baru ini. 

Usaha itu berterusan untuk beberapa tahun dan pada masa sama beliau gigih menjalankan kajian bagi mendapatkan ekstrak kayu gaharu menerusi usahanya sendiri tanpa mendapatkan sebarang geran bantuan penyelidikan daripada mana-mana agensi. Bagaimanapun, katanya selain mengadunkan bidang sains dan teknologi, pengusaha kayu gaharu tidak boleh sama sekali mengenepikan peranan bidang metafizik dalam mengusahakan tanaman itu. Kita sendiri maklum bahawa tanaman itu diambil daripada khazanah alam yang berharga, justeru langkah memprosesnya perlu dijalankan secara tertib antaranya jika boleh sentiasa berwuduk dan menjaga kebersihan sekeliling ketika memproses. Jika amalan itu dikekalkan, Insya-Allah perniagaan kayu gaharu boleh diusahakan sehingga berjaya.

Pada 2005, syarikat ini melangkah setapak apabila mula mengendalikan kilang untuk menghasilkan ekstrak daripada kayu gaharu dengan menggunakan empat dapur pemproses membabitkan pelaburan kira-kira RM50,000. Kini, syarikat mempunyai 20 dapur pemproses untuk mendapatkan ekstrak daripada kayu gaharu (Agarwood). Antara produk yang dihasilkan oleh syarikat itu termasuk minyak gaharu asli, minyak wangi gaharu asli, teh gaharu, setanggi gaharu, tikar dan tasbih gaharu, krim kulit gaharu dan produk hiliran minyak lintah gaharu.  

AGARWOOD AGRO & TECHNOLOGY, MELAKA terus melangkah maju apabila berjaya menjalankan penyelidikan untuk menghasilkan produk penjagaan kulit daripada kayu gaharu. Paling membanggakan, AGARWOOD AGRO & TECHNOLOGY, MELAKA telah dilantik sebagai penasihat dalam industri perusahaan dan tanaman kayu gaharu selepas berjaya membuktikan peranannya dalam perkembangan industri itu di Malaysia. Syarikat beliau juga berhasrat mengukuhkan rangkaian pemasarannya di dalam dan luar negara memandangkan terdapat permintaan luas terhadap produk itu yang kurang disedari masyarakat. Permintaan terhadap kayu gaharu tidak akan putus selagi kegunaannya dimanfaatkan sepenuhnya.

1 comment:

  1. Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian berada di atas dan di luar keperluan mereka untuk membantu saya dengan pinjaman saya yang saya gunakan memperluaskan perniagaan farmasi saya, Mereka adalah permata yang ramah, profesional, dan mutlak untuk bekerjasama. Saya akan mengesyorkan sesiapa yang mencari pinjaman untuk dihubungi. Email..lfdsloans @ lemeridianfds.com Atau lfdsloans@outlook.com.WhatsApp ... + 19893943740.

    ReplyDelete